MNAWF

Misi Bantuan Banjir Haiwan Kesayangan Negeri Kelantan 2024

Resources > Newsroom >  Misi Bantuan Banjir Haiwan Kesayangan Negeri Kelantan 2024



Kuala Lumpur, 31 Disember 2024 - Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia (MNAWF) bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menganjurkan majlis sumbangan makanan haiwan kesayangan untuk misi bantuan banjir di negeri-negeri yang terjejas, khususnya di Kelantan. Sumbangan ini akan disalurkan kepada pemilik haiwan kesayangan yang terkesan dan tempat perlindungan haiwan (shelter) melalui DVS negeri.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban pemilik haiwan kesayangan dalam menjaga sahabat mereka di saat-saat sukar ini. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha MNAWF dalam memastikan kebajikan haiwan ketika dilanda bencana alam.

Majlis penyerahan sumbangan ini dihadiri oleh tetamu-tetamu terhormat dari MNAWF dan DVS, termasuk:

Dr. Mohammad Razli bin Abdul Razak (Pengarah Bahagian Regulatori Veterinar)
Dr. Marzuna binti Md Yunus (Ketua Seksyen Kebajikan Haiwan)
Dr. Mohd Amir Asyraf bin Abdul Rahman (Pengarah DVS W.P Kuala Lumpur
Pegawai-pegawai dari Putrajaya dan DVS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Turut hadir dari MNAWF:

Dato' Dr. Mohd Nordin bin Mohd Nor (Pengarah Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia)
Mr. Shrilan Sivagurunathan (Setiausaha Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia)
Mr. Poobalan Tana Shingam (Bendahari Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia)

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pemilik haiwan kesayangan dan memastikan kesejahteraan haiwan yang terjejas banjir. MNAWF dan DVS akan terus komited dalam usaha membantu haiwan yang memerlukan.

External Links

DVS Malaysia di X: https://x.com/DVSMalaysia/status/1874393847784226817

Ucapan Penghargaan dari Dr. Mohammad Razli: https://www.facebook.com/watch/?v=969529448403456&rdid=g8b9rKtyEM7I43tN

Pautan Lembaga Kebajikan Haiwan Malaysia di Facebook: https://www.facebook.com/share/p/17wyg7BXyT/